the best song...

Sunday, January 30, 2011

DIKAULAH RATU HATI KU(part2)

Baru 4 ari aku berjauhan dengan awak..tp sy rase rindu sangt2 pada awak,,,,rase macm lame sangt...sy harap awak sihat n baik2 je berade di sane,,,ape pun sy faham,awak ke sana bukan nya berhibur sebaliknya sebb ada kursus,,,
tp kan sy terase sepi jer,rase ,macm kehilangan sesuatu,,,,ape pun sy ucapkan time kasih.walaupun awak sibuk dengan aktiviti awak,awak tetap mesej n cal sy...itu tanda nya awak sentiasa mengigati sy walaupun di mana awak berada,mesti best kan kat sana,,cmfirm banyak yg awak dapat belajar....
so praktis kan lah ape yg awak pelajari dengan sebaik mungkin,semua tuhh ilmu untuk diri awak,sy sentiasa berdoa agar awak sukses dalam ape jua bidang yg awak lakukan.
awak thanks malam td awak cal sy,,,walau pun dalam keadaan awak letih.awak tetap bercakap ngan saye,,thanks juga kerana awak merindui sy...sy  faham atas ape yg awak lafaz,,malam tuhhh,sy pun macm tuhh awak,,same yg mcm awak rasekan,,,insyaallah kite same2 berdoa yerk...semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik....sy janji,sy akan menghargai segala2.......ape pun thanks sekali lagi sy ucapkan kerana sentiasa menggembirakan saye...
hmmmm xsabar nya nak tunggu awak balik malam nihhhh,,,,macm2 perasaan ade,,,ape pun tetap saya tahan n bersabar,,,sy doa kan agar awak selamat sampai.....ke kuala lumpur.....rindu nak menatap wajah awak,,,bergurau ngan awak,,usik awak,tengok awak tersenyum...dan yg paling best tengok awak jelir lidah bile di usik..hahahahahahahahaha lucu kan.......mawar2.....(Bersambung part3:coming soon.....

Friday, January 28, 2011

KANGEN BAND - Tentang Aku, Kau & Dia

DIKAU LAH........RATU HATI KU...

pertama kali jumpe awak malam tu...sy buat do no jer kan...SORRY la ye...
sy memang cmtu,,agar sukar nak bersembang untuk pertama kali pertemuan..
lagi pun,pertemuan kiter bukan dirancangkan....satu kebetulan jer malam tu...tu lah
pertama kali melihat awak,,tp sy xlah sombong sangt kan,,sebb sy stay memberi senyuman kepada awak.
Tapi satu kebetulan lagi,,rupanya awak pun terlibat dalam kursus yg diadakan bermula tu lahh,kiter rapat,
dan mengenali antara satu same lain kan..semenjak dari tuhh ari2 saye dapat lihat awak,,,,awak pun macm tuh kan..sy suke sangt tengok awak senyum...past tu awek jelir lidah...awak suke jelir lidah...xhabis2 jelir lidah kat saye..past tu sy plak akan balas dengan angkat kening...past tu tengok muke awak,,awak jd malu merah seluruh muke awak,,,,sy xleh luperkan,,awak suke jelir lidah kat saye,,,hehehehehehehe hampir 2 minggu gak lah kan kiter terlibat dalam kursus tuhh,,dalam sibuk2 kursus ade gak rezeki kiter kuar bersame kan,,,,waktu tuhhh lah peluang kiter tuk kenali antara satu same lain...setiap kali saye tengok awak pasti saye akan tersenyum...tak boleh luper gadis yang suke jelir lidah nihhh...hahahahahahaha
Lepas 2 minggu tamat kursus tuhhh,,lebih kurang 2 ari gak lahh kiter xjumpe kan...dan secara kebetulan kite terserempak lagi,,,mesti awak ingat kat ne kan...TAPI nakal suke jelir lidah..hehehehehehe ape pun saye suke cara awak....lembut ketika berbicara,,,pandai menghormati...semenjak hari tuhh terus kite menjalinkan hubgan..kiter kuar makan same2,,sampai masing2 dah tau ape makanan n minuman kesukaan masing2..tak sangka kan....awak banyak korban kan mase tuk diri saye....awak ingat x?ade satu petang kite pegi taman...tengok orang mancing,,tengok orang jogging,,,saye tau awak suke lepak kat situ,,,awak hepi sangt waktu tuhhh....tp best kan geram jer tengok orang mancing angkat ikan besar2,,rase macm nak mancing gak..tp malang nye..kiter xbawak pancing....xpe2 kasi peluang nanti kite pi bawak pancing...collect kasi habis ikan kat tasik tuhhhh,,,,
baru jer kenal tp kiter begitu rapat kan,,macm dah bertahun2 je kenal,,dua2 selamba plak tu,,,xnampak kekok pun....AWAK ingat lagi x waktu kiter pi tengok wayang....??awak xnak tengok cter tuhh,,sebb awak takut...tp awak teman gak saye kan......mesti awak kesian kat sy kan...awak korban kan perasaan takut awak...dan duduk disisi saye tengok citer tuhhh...tp bestnya saye dapt dergar suara awak menjerit...awak xtoleh skrin lame2,,sekejap2 awak akn tutup mata...sy dapat rase n faham betape takut nye awak nak tengok citer tuhhhh....ape2 pun thanks awak kerana bekorban tukkk saye........(bersambung part2)coming soon........

Thursday, January 20, 2011

JIKA ENGKAU HADIR UNTUK KU.....

Satu nafas melintas lalu....
sekali imbas terus terpaku..
andai ia insan yang telah tertulis
akan ku pahat dalam hati ku..
mengimbas kembali saat bertemu
mata bertentang penuh tersirat.
terpancar kilauan
amat berarti..
lalu ku semat di dalam sanubari..
KEPADA.....
tuhan ku panjat restu...
agar muncul kekal abadi..
yang dapat ku lihat.....
di dalam diri.
renungan kasih jelas terpancar..
di wajah dikau
amat berharga..
berkali pandang tidak pernah jemu..
tutur kata mu..
begitu sempurna..
tersusun rapi dengan didikan.
kelembutan bicara
bukti penghormatan..
dikau insan yang melintas lalu..
ANDAI.................
benar dikau milik ku...
akan ku sunting...
jadi permaisuri ku....
akan ku jaga seperti bonda..
penuh kasih serta sayangnya...
kepada....TUHAN...
AKU berdoa.........
tunjukkan lah segalanya...
buat diri ku sebagai laluan....
MENYAYANGI MU........
sepenuh jiwa...

Saturday, January 8, 2011

kekuatan diri (part 2)

Hari berganti hari,puas sudah aku fikirkan,,,telah seminggu aku tidak membuat perkerjaan,hanya menemani isteri yang ku cintai dirumah sahaja....lantas aku membuat keputusan terpaksa membawa isteri ku ketempat aku melakukan kerja bagi mencari rezeki serta mendapat kan wang,,untuk menyara perbelanjaan rawatan isteri ku,serta menampung perbelanjaan semua anak2 ku yang masih belajar..
aku tidak sanggup membiarkan isteri ku terlantar dirumah tanpa seorang pun yang menjaganya.aku bimbang akan dirinya...jikalau ku bawa ke tempat kerja sedikit sebanyak ku mempunyai waktu melihatnya..Di pagi yang cukup indah.,,,allah membuka kan pintu rezeki semua umatnya,aku memapah isteri yang ku cintai masuk kedalam kereta ku,,bagi ku ini lah satu2 nya kereta yang telah banyak berjasa pada ku sekeluarga,,,,walau pun disebalik hati ku terselit sedikit kerisauan tentang keselesaan isteri yang ku cintai....kerana kereta ku tidak mempunyai acon bagai mana kendaraan yang orang lain gunakan,kereta ku bergitu pudar warnanya...kelihatan jelas jika bergerak dijalan raya,,
namun ku gagahi dan tetap bersyukur kerana kereta inilah aku dapt ke tempat kerja,kerana kereta inilah aku dapt membawa anak2 ku bersiar suatu ketika dahulu..dan kerana kereta inilah aku dapt membawa isteri ku di saat ingin melahir kan anak ku..Begitu banyak pengorbanan yang telah ia sumbangkan..aku amat bersyukur dengan segalanya...
Setelah hampir setengah jam kereta ku bergerak di atas jalan raya,,yang dihiasi pokok-pokok di kanan ku,,,sampai lah ku ke distinasi yang ku tuju, aku terintai2 mencari tempat yang redup di hiasi pokok untuk ku letakkan kereta ku agar tidak panas,,,bukan kerana ku risau pasal kereta ku,,tp yang amat ku risau tentang isteri yang ku cintai...aku terpaksa meninggal kan isteri ku menunggu di dalam kerata,sementara ku melakukan pekerjaan ku,,,dan setiap 20 minit aku akan ke kereta bagi melihat keadaan isteri yang ku cintai....aku terpaksa..
Dengan nada senyum selepas keletihan bekerja si suami berkata....(bersambung di part 3)

Tuesday, January 4, 2011

10 TIP YANG MENUNJUKAN DIA ADALAH JODOH KITA....


1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
" Manusia merancang, Allah menentukan."


GAGAL CINTA........

Gagal bercinta barangkali kegagalan yang paling meruntum kesedihan.Agaknya lebih ramai orang menanggis akibat gagal bercinta daripada kematian ibubapa.Alangkah besar nya bahana gagal cinta kerana ia digambarkan dalam filem sebagai langit yang tiba-tiba bertukar kelabu,pokok-pokok menggugurkan daun nya hingga gondol,petir menyambar dan ribut pun terjadi....
Hampir semua orang mengalami gagal bercinta.Sebenarnya ia bukan lah cinta,sekadar suka,bahkan orang yang disukai itu sendiri pun tidak tahu dia disukai.Tetapi orang yang telah jatuh berahi menganggapnya cinta dan apabila dia tidak mendapat layanan setimpal dia menanggapnya sebagai gagal bercinta.Dia pun menangis bagaikan langit kehilangan matahari.Dunia dirasakan kelam.Dia tidak melihat sebarang cahaya yang boleh menerangi lagi..
Pada mereka yang benar-benar bercinta kemudian mengalami kegagalan,YA,mungkin mereka lebih menasabah untuk meratapinya,NAMUN,Kenapa mesti berasa begitu hina oleh kehilangan CINTA?Cinta hanyalah pada makhluk-Ia menyimpan sejuta kelemahan yang tersembunyi dan disembunyikan..Mengapa berasa sangat sedih oleh kegagalan cinta.DIA Hanya manusia,penuh kelemahan dan serba kekurangan.Mengapa mesti terlalu berpatah harap.Dia tidak terkecuali dari ditimpa musibah,diulit penyakit,digelut usia tua,Mengapa hingga sanggup melupai nikmat menyintai TUHAN
Kalaupun terlalu kacak,bakal hilang kekacakannya,kalaupun terlalu cantik,bakal hilang kecantikannya,kalaupun terlalu kaya,bakal pergi semua kekayaannya,kalaupun terlalu sihat,akan pergi menghadap ILAHI....
CINTA itu nikmat,mengapa mesti derita oleh cinta.Kegagalan cinta bukanlah penghujung dunia.Cinta hanyalah perasaan,kadang-kadang di situlah bertandangnya syaitan..Mengapa tidak dapat faham bahawa cinta manusia tidak akan kemana-mana,yang kekal abadi adalah kecintaan terhadap ILAHI..Mengapa anda tidak boleh menangis tatkala kehilangan cinta terhadap ILAHI..Mengapa anda terfikir hendak membunuh...

ALANGKAH......
BESARNYA BAHANA
GAGAL CINTA...
KERANA IA DIGAMBARKAN
DALAM FILEM SEBAGAI
LANGIT YANG
TIBA-TIBA....
BERTUKAR KELABU
POKOK-POKOK MENGGUGURKAN
DAUNNYA HINGGA GONDOL
PETIR MENYAMBAR DAN RIBUT
PUN TERJADI....
diri semata-mata oleh cinta manusia durjana..Tahukah anda,sewaktu anda merasai gagalnya cinta,syaitan semakin kuat tertawa kerana anda hampir kehilangan iman hanya disebabkan seorang manusia,sedangkan kegagalan mendapatkan kasih sayang TUHAN patut diratapi...
Pernahkah anda menangis mengharapkan cinta ILAHI...?Tidakkah anda berasa malu menangis oleh gagal nya cinta terhadap manusia sedangkan ALLAH lebih utama,untuk anda tangisi taufik dan hidayah-NYA?CINTA itu indah,usah di cemari dengan perilaku yang salah.Cintailah ALLAH sebagai keutamaan anda,kemudian cintailah nabi berikutnya,ibu ayah,selepas itu,guru dan juga ilmu sebagai kecintaanmu....yang keempat dan kelima dirimu sendiri.CINTAILAH diri mu sebab nasib anda di akhirat ditentukan oleh sejauh mana anda mengasihi dan menyayangi diri sendiri...
Anda sayngi diri,anda tidak akan merelakan diri anda melakukan pelbagai kesalahan cinta.Semua kesalahan disini akan ditanggung oleh diri sendiri disana kelak....Jika anda menyayangi dan menyintai diri sendiri,anda akan berusaha agar ia tidak menanggung beban dan akibatnya di akhirat.
CINTA seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk di tafsirkan oleh akal.Perasaan kasih dan sayang nya jarang diluahkan secara zahir,namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur.
LALUAN KEDUA....pada cinta yang gagal adalah lupakanlah cinta itu dan binalah yang baru.Siapa tahu dia adalah lebih baik...izinkanlah diri anda bercinta lagi.ANDAINYA anda SUDAH tidak ingin bercinta lagi,Jadikanlah ALLAH sebagai tujuan hidup dan cintamu yang agung dan terakhir...

ANDAINYA ANDA..................
TIDAK INGIN BERCINTA
LAGI..
JADIKANLAH
ALLAH
SEBAGAI TUJUAN HIDUP
DAN CINTAMU YANG AGUNG
DAN TERAKHIR.....
AMIN.................................

kekuatan diri (part 1)

Di besarkan dalam sebuah keluarga yang amat bahgia,walau pun taraf ekonomi keluarga ku hanya lah sederhana. dan cukup pakai dan makan sahaja...Daku adalah anak pertama dari 5 orang adik beradik.sesorang anak sulung yang terpaksa mengenepikan segala keseronokan bersama kawan...terpaksa bertungkus lumus,membesar kan adik,menjaga adik ku...di usia ku,yang baru mengenali alam keseronokan di waktu darah muda ku sedang mengalir kuat.,,iaitu 20 tahun..
ini semua terpaksa ku ketepi kan atas dasar,aku begitu terharu melihat.....AYAH ku,membanting tulang membesar kan ku dan adik2 ku.ayah begitu tabah melayan kerenah kami..ayah begitu sabar melayan kisah2 harian yang terjadi..ayah begitu baik melayan anak2 nya..ayah begitu menyanyangi ke semua anak2 nya..
AKU begitu terharu serta terpesona melihat kekuatan seorang ayah menghadapi semua ujian yang di lalui nya.
ayah ku tidak lah mempunyai pelajaran yang begitu tinggi...hanya sekadar bersekolah rendah sahaja....so sukar bagi ayah untuk mendapat perkerjaan yang bagus dan pendapatan yang tinggi....ayah ku sekadar mempunyai kemahiran mendawai eliltrik....ayah kerap mencari projek2 yang sesuai untuk mendapat kan gaji...terpaksa bertemu dengan kawan2 nya,,untuk mendapt kan projek mendawai elektrik,,alhamdulillah tuhan sentiasa memberi rezeki kepada ayah untuk mendapat wang atas kerja yang di lakukan....
ayah begitu kuat berkerja untuk membesar kan kami 5 beradik..
siang dan malam dalam hidup nya adalah kerja....bg menyara pembelanjaan kami serta pembelajaran kami...
itu yang membuat aku sedih..seta mengalir kan air mata melihat ayah ku..,melihat pengorbanan yang ia lakukan...terlampau besar bg seorang lelaki....aku begitu sayng kan mu AYAH......
Dalam kekuatan ayah mencari rezeki...sebenar nya tersimpan satu lagi....pendorong yang membuat ayah terus berusaha....ingin melihat kesemua anak nya,,berjaya kemenara gading....kesemua anak nya berjaya dengan cemerlang serta mendapat pekerjaan yang bagus pabila sudah dewasa kelak..sebab itu lah ayah sanggup bekerja keras,,serta menghantar anak nya belajar ke tahap yang tertinggi......
adalah kerana sebb IBU KU....
IBU KU KINI..... telah 3 tahun menderita penyakit stroke separuh badan,jadi pergerakan ibu ku amat terbatas,,ibu hanya mampu bergerak dengan kerusi roda,,,atau pun hanya berbaring di tilam...itulah keadaan ibu ku...tetepi ayah ku masih mampu tersenyum,serta bergurau senda dengan ibu ku sewaktu ayah ku sedang menyuap kan nasi kepada ibu ku,,,dengan lemah lembut ayah ku berkata..SAYANG MAKAN YERK...INSYAALLAH KITE SAME2 BERDOA AGAR PENDERITAAN YANG DITANGGUNG AKAN PULIH SEPERTI SEDIA KALA....sungguh kasih ayah ku terhadap ibu,,,,itu adalah satu lagi sikap ayah yang membuat aku terpegun....sentiasa tenang dalam mengharungi dugaan dan ujian...
tatkala semua adik beradik ku habis cuti sekolah,,semua nya akan pulang ke sekolah dan kampus masing2 bgitu juga aku......kini hanya tinggal AYAH KU yang terpaksa bekerja keras,bagi menyara keluarga dan kami adik beradik,,dan ibu yang berkerusi roda....hanya ibu dan ayah saje tinggal di rumah....anak2 semua nya belajar jauh2...demi sebuah kejayaan.
Dalam mase itu dapat ku bayang kan perasaan yang di sembunyi oleh ayah ku.....kepeningan yang di fikirkan nya...bagai mana kah keadaan isteriku jika aku keluar bekerja,,,siapakah yang akan menjaga nya...
pendapatan ku akan terjejas jika aku tidak kuar bekerja..
bagaimana anak2 ku?bagai mana keluarga ku......ubatan yang harus ku beli kepada isteriku..bagai mana keadaan nya nanti?(BERSAMBUNG..........DI PART 2)