the best song...

Tuesday, January 4, 2011

GAGAL CINTA........

Gagal bercinta barangkali kegagalan yang paling meruntum kesedihan.Agaknya lebih ramai orang menanggis akibat gagal bercinta daripada kematian ibubapa.Alangkah besar nya bahana gagal cinta kerana ia digambarkan dalam filem sebagai langit yang tiba-tiba bertukar kelabu,pokok-pokok menggugurkan daun nya hingga gondol,petir menyambar dan ribut pun terjadi....
Hampir semua orang mengalami gagal bercinta.Sebenarnya ia bukan lah cinta,sekadar suka,bahkan orang yang disukai itu sendiri pun tidak tahu dia disukai.Tetapi orang yang telah jatuh berahi menganggapnya cinta dan apabila dia tidak mendapat layanan setimpal dia menanggapnya sebagai gagal bercinta.Dia pun menangis bagaikan langit kehilangan matahari.Dunia dirasakan kelam.Dia tidak melihat sebarang cahaya yang boleh menerangi lagi..
Pada mereka yang benar-benar bercinta kemudian mengalami kegagalan,YA,mungkin mereka lebih menasabah untuk meratapinya,NAMUN,Kenapa mesti berasa begitu hina oleh kehilangan CINTA?Cinta hanyalah pada makhluk-Ia menyimpan sejuta kelemahan yang tersembunyi dan disembunyikan..Mengapa berasa sangat sedih oleh kegagalan cinta.DIA Hanya manusia,penuh kelemahan dan serba kekurangan.Mengapa mesti terlalu berpatah harap.Dia tidak terkecuali dari ditimpa musibah,diulit penyakit,digelut usia tua,Mengapa hingga sanggup melupai nikmat menyintai TUHAN
Kalaupun terlalu kacak,bakal hilang kekacakannya,kalaupun terlalu cantik,bakal hilang kecantikannya,kalaupun terlalu kaya,bakal pergi semua kekayaannya,kalaupun terlalu sihat,akan pergi menghadap ILAHI....
CINTA itu nikmat,mengapa mesti derita oleh cinta.Kegagalan cinta bukanlah penghujung dunia.Cinta hanyalah perasaan,kadang-kadang di situlah bertandangnya syaitan..Mengapa tidak dapat faham bahawa cinta manusia tidak akan kemana-mana,yang kekal abadi adalah kecintaan terhadap ILAHI..Mengapa anda tidak boleh menangis tatkala kehilangan cinta terhadap ILAHI..Mengapa anda terfikir hendak membunuh...

ALANGKAH......
BESARNYA BAHANA
GAGAL CINTA...
KERANA IA DIGAMBARKAN
DALAM FILEM SEBAGAI
LANGIT YANG
TIBA-TIBA....
BERTUKAR KELABU
POKOK-POKOK MENGGUGURKAN
DAUNNYA HINGGA GONDOL
PETIR MENYAMBAR DAN RIBUT
PUN TERJADI....
diri semata-mata oleh cinta manusia durjana..Tahukah anda,sewaktu anda merasai gagalnya cinta,syaitan semakin kuat tertawa kerana anda hampir kehilangan iman hanya disebabkan seorang manusia,sedangkan kegagalan mendapatkan kasih sayang TUHAN patut diratapi...
Pernahkah anda menangis mengharapkan cinta ILAHI...?Tidakkah anda berasa malu menangis oleh gagal nya cinta terhadap manusia sedangkan ALLAH lebih utama,untuk anda tangisi taufik dan hidayah-NYA?CINTA itu indah,usah di cemari dengan perilaku yang salah.Cintailah ALLAH sebagai keutamaan anda,kemudian cintailah nabi berikutnya,ibu ayah,selepas itu,guru dan juga ilmu sebagai kecintaanmu....yang keempat dan kelima dirimu sendiri.CINTAILAH diri mu sebab nasib anda di akhirat ditentukan oleh sejauh mana anda mengasihi dan menyayangi diri sendiri...
Anda sayngi diri,anda tidak akan merelakan diri anda melakukan pelbagai kesalahan cinta.Semua kesalahan disini akan ditanggung oleh diri sendiri disana kelak....Jika anda menyayangi dan menyintai diri sendiri,anda akan berusaha agar ia tidak menanggung beban dan akibatnya di akhirat.
CINTA seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk di tafsirkan oleh akal.Perasaan kasih dan sayang nya jarang diluahkan secara zahir,namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur.
LALUAN KEDUA....pada cinta yang gagal adalah lupakanlah cinta itu dan binalah yang baru.Siapa tahu dia adalah lebih baik...izinkanlah diri anda bercinta lagi.ANDAINYA anda SUDAH tidak ingin bercinta lagi,Jadikanlah ALLAH sebagai tujuan hidup dan cintamu yang agung dan terakhir...

ANDAINYA ANDA..................
TIDAK INGIN BERCINTA
LAGI..
JADIKANLAH
ALLAH
SEBAGAI TUJUAN HIDUP
DAN CINTAMU YANG AGUNG
DAN TERAKHIR.....
AMIN.................................

No comments:

Post a Comment