the best song...

Tuesday, January 4, 2011

GAGAL CINTA........

Gagal bercinta barangkali kegagalan yang paling meruntum kesedihan.Agaknya lebih ramai orang menanggis akibat gagal bercinta daripada kematian ibubapa.Alangkah besar nya bahana gagal cinta kerana ia digambarkan dalam filem sebagai langit yang tiba-tiba bertukar kelabu,pokok-pokok menggugurkan daun nya hingga gondol,petir menyambar dan ribut pun terjadi....
Hampir semua orang mengalami gagal bercinta.Sebenarnya ia bukan lah cinta,sekadar suka,bahkan orang yang disukai itu sendiri pun tidak tahu dia disukai.Tetapi orang yang telah jatuh berahi menganggapnya cinta dan apabila dia tidak mendapat layanan setimpal dia menanggapnya sebagai gagal bercinta.Dia pun menangis bagaikan langit kehilangan matahari.Dunia dirasakan kelam.Dia tidak melihat sebarang cahaya yang boleh menerangi lagi..
Pada mereka yang benar-benar bercinta kemudian mengalami kegagalan,YA,mungkin mereka lebih menasabah untuk meratapinya,NAMUN,Kenapa mesti berasa begitu hina oleh kehilangan CINTA?Cinta hanyalah pada makhluk-Ia menyimpan sejuta kelemahan yang tersembunyi dan disembunyikan..Mengapa berasa sangat sedih oleh kegagalan cinta.DIA Hanya manusia,penuh kelemahan dan serba kekurangan.Mengapa mesti terlalu berpatah harap.Dia tidak terkecuali dari ditimpa musibah,diulit penyakit,digelut usia tua,Mengapa hingga sanggup melupai nikmat menyintai TUHAN
Kalaupun terlalu kacak,bakal hilang kekacakannya,kalaupun terlalu cantik,bakal hilang kecantikannya,kalaupun terlalu kaya,bakal pergi semua kekayaannya,kalaupun terlalu sihat,akan pergi menghadap ILAHI....
CINTA itu nikmat,mengapa mesti derita oleh cinta.Kegagalan cinta bukanlah penghujung dunia.Cinta hanyalah perasaan,kadang-kadang di situlah bertandangnya syaitan..Mengapa tidak dapat faham bahawa cinta manusia tidak akan kemana-mana,yang kekal abadi adalah kecintaan terhadap ILAHI..Mengapa anda tidak boleh menangis tatkala kehilangan cinta terhadap ILAHI..Mengapa anda terfikir hendak membunuh...

ALANGKAH......
BESARNYA BAHANA
GAGAL CINTA...
KERANA IA DIGAMBARKAN
DALAM FILEM SEBAGAI
LANGIT YANG
TIBA-TIBA....
BERTUKAR KELABU
POKOK-POKOK MENGGUGURKAN
DAUNNYA HINGGA GONDOL
PETIR MENYAMBAR DAN RIBUT
PUN TERJADI....
diri semata-mata oleh cinta manusia durjana..Tahukah anda,sewaktu anda merasai gagalnya cinta,syaitan semakin kuat tertawa kerana anda hampir kehilangan iman hanya disebabkan seorang manusia,sedangkan kegagalan mendapatkan kasih sayang TUHAN patut diratapi...
Pernahkah anda menangis mengharapkan cinta ILAHI...?Tidakkah anda berasa malu menangis oleh gagal nya cinta terhadap manusia sedangkan ALLAH lebih utama,untuk anda tangisi taufik dan hidayah-NYA?CINTA itu indah,usah di cemari dengan perilaku yang salah.Cintailah ALLAH sebagai keutamaan anda,kemudian cintailah nabi berikutnya,ibu ayah,selepas itu,guru dan juga ilmu sebagai kecintaanmu....yang keempat dan kelima dirimu sendiri.CINTAILAH diri mu sebab nasib anda di akhirat ditentukan oleh sejauh mana anda mengasihi dan menyayangi diri sendiri...
Anda sayngi diri,anda tidak akan merelakan diri anda melakukan pelbagai kesalahan cinta.Semua kesalahan disini akan ditanggung oleh diri sendiri disana kelak....Jika anda menyayangi dan menyintai diri sendiri,anda akan berusaha agar ia tidak menanggung beban dan akibatnya di akhirat.
CINTA seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk di tafsirkan oleh akal.Perasaan kasih dan sayang nya jarang diluahkan secara zahir,namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur.
LALUAN KEDUA....pada cinta yang gagal adalah lupakanlah cinta itu dan binalah yang baru.Siapa tahu dia adalah lebih baik...izinkanlah diri anda bercinta lagi.ANDAINYA anda SUDAH tidak ingin bercinta lagi,Jadikanlah ALLAH sebagai tujuan hidup dan cintamu yang agung dan terakhir...

ANDAINYA ANDA..................
TIDAK INGIN BERCINTA
LAGI..
JADIKANLAH
ALLAH
SEBAGAI TUJUAN HIDUP
DAN CINTAMU YANG AGUNG
DAN TERAKHIR.....
AMIN.................................

kekuatan diri (part 1)

Di besarkan dalam sebuah keluarga yang amat bahgia,walau pun taraf ekonomi keluarga ku hanya lah sederhana. dan cukup pakai dan makan sahaja...Daku adalah anak pertama dari 5 orang adik beradik.sesorang anak sulung yang terpaksa mengenepikan segala keseronokan bersama kawan...terpaksa bertungkus lumus,membesar kan adik,menjaga adik ku...di usia ku,yang baru mengenali alam keseronokan di waktu darah muda ku sedang mengalir kuat.,,iaitu 20 tahun..
ini semua terpaksa ku ketepi kan atas dasar,aku begitu terharu melihat.....AYAH ku,membanting tulang membesar kan ku dan adik2 ku.ayah begitu tabah melayan kerenah kami..ayah begitu sabar melayan kisah2 harian yang terjadi..ayah begitu baik melayan anak2 nya..ayah begitu menyanyangi ke semua anak2 nya..
AKU begitu terharu serta terpesona melihat kekuatan seorang ayah menghadapi semua ujian yang di lalui nya.
ayah ku tidak lah mempunyai pelajaran yang begitu tinggi...hanya sekadar bersekolah rendah sahaja....so sukar bagi ayah untuk mendapat perkerjaan yang bagus dan pendapatan yang tinggi....ayah ku sekadar mempunyai kemahiran mendawai eliltrik....ayah kerap mencari projek2 yang sesuai untuk mendapat kan gaji...terpaksa bertemu dengan kawan2 nya,,untuk mendapt kan projek mendawai elektrik,,alhamdulillah tuhan sentiasa memberi rezeki kepada ayah untuk mendapat wang atas kerja yang di lakukan....
ayah begitu kuat berkerja untuk membesar kan kami 5 beradik..
siang dan malam dalam hidup nya adalah kerja....bg menyara pembelanjaan kami serta pembelajaran kami...
itu yang membuat aku sedih..seta mengalir kan air mata melihat ayah ku..,melihat pengorbanan yang ia lakukan...terlampau besar bg seorang lelaki....aku begitu sayng kan mu AYAH......
Dalam kekuatan ayah mencari rezeki...sebenar nya tersimpan satu lagi....pendorong yang membuat ayah terus berusaha....ingin melihat kesemua anak nya,,berjaya kemenara gading....kesemua anak nya berjaya dengan cemerlang serta mendapat pekerjaan yang bagus pabila sudah dewasa kelak..sebab itu lah ayah sanggup bekerja keras,,serta menghantar anak nya belajar ke tahap yang tertinggi......
adalah kerana sebb IBU KU....
IBU KU KINI..... telah 3 tahun menderita penyakit stroke separuh badan,jadi pergerakan ibu ku amat terbatas,,ibu hanya mampu bergerak dengan kerusi roda,,,atau pun hanya berbaring di tilam...itulah keadaan ibu ku...tetepi ayah ku masih mampu tersenyum,serta bergurau senda dengan ibu ku sewaktu ayah ku sedang menyuap kan nasi kepada ibu ku,,,dengan lemah lembut ayah ku berkata..SAYANG MAKAN YERK...INSYAALLAH KITE SAME2 BERDOA AGAR PENDERITAAN YANG DITANGGUNG AKAN PULIH SEPERTI SEDIA KALA....sungguh kasih ayah ku terhadap ibu,,,,itu adalah satu lagi sikap ayah yang membuat aku terpegun....sentiasa tenang dalam mengharungi dugaan dan ujian...
tatkala semua adik beradik ku habis cuti sekolah,,semua nya akan pulang ke sekolah dan kampus masing2 bgitu juga aku......kini hanya tinggal AYAH KU yang terpaksa bekerja keras,bagi menyara keluarga dan kami adik beradik,,dan ibu yang berkerusi roda....hanya ibu dan ayah saje tinggal di rumah....anak2 semua nya belajar jauh2...demi sebuah kejayaan.
Dalam mase itu dapat ku bayang kan perasaan yang di sembunyi oleh ayah ku.....kepeningan yang di fikirkan nya...bagai mana kah keadaan isteriku jika aku keluar bekerja,,,siapakah yang akan menjaga nya...
pendapatan ku akan terjejas jika aku tidak kuar bekerja..
bagaimana anak2 ku?bagai mana keluarga ku......ubatan yang harus ku beli kepada isteriku..bagai mana keadaan nya nanti?(BERSAMBUNG..........DI PART 2)